Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan jawatannya mendapatkan suapan, tiga tahun lalu.
Tertuduh Mahasan Nordin 36 tahun, membuat pengakuan itu dan memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.